Tuesday 15 March 2011

SUKMA 2011

Assalamualaikum

SUKMA datang lagi.

Setelah berhempas-pulas tahun lepas di SUKMA Melaka 2010 dan penat pun tak berapa habis lagi, tiba-tiba Menteri Belia dan Sukan kata..kita akan adakan SUKMA tiap-tiap tahun. Jadi tahun ini, SUKMA diadakan lagi di Bukit Jalil dari 2  hingga 11 Jun di Bukit Jalil.

Mana nak cari pemain-pemain ni?? Tahun lepas di Melaka, kejohanan diadakan untuk bawah 23 tapi tahun 2011 untuk bawah 21..mujur ada pemain-pemain yang kita bawa untuk kejohanan 7-sebelah kebangsaan tahun lepas di Seremban ada. Tahun ni kita nak cungkil bakat-bakat dan jatiwira anak-anak Pulau Pinang. Ambil anak negeri sendiri senang, tak ada persatuan negeri lain bising-bising mereka yang latih, didik, ternak tapi orang lain yang makan hasil.So anak-anak Penang apa lagi, turun pemilihan dan ambil peluang ini, jangan kata persatuan tak bagi peluang pulak..

Tahun lepas di Melaka kita cuma johan Bowl..bagi mereka yang tak berapa arif tentang permainan ragbi ni, johan Bowl ni ala-ala johan divisyen 3 la..tapi dalam perjalanan nak jadi johan divisyen 3 pun kita terpaksa melalui dua pasukan yang hebat iaitu Sarawak di separuh akhir dan Selangor di akhir Bowl. Depa pun main divisyen 3, Sarawak kumpul semua national player untuk SUKMA 2010 manakala Selangor pula adalah gergasi merah di dalam arena ragbi, nama Selangor cukup gah.dan cukup digeruni. Johan keseluruhan iaitu pemenang pingat emas Terengganu, kita jumpa di first game of the tournament dan kita bungkus..mereka mengekalkan kesemua pemain mereka yang menang pingat emas di SUKMA Terengganu 2008. Mereka memang hebat. Pulau Pinang kena ambil Terengganu sebagai contoh macam mana mereka sekarang sudah jadi power-house dalam sukan di Malaysia.

Jadi untuk akhir kata, kita hharap pasukan SUKMA 2011 akan menjadi satu pasukan yang kuat dan berjaya mencapai kejayaan di Bukit Jalil. ALL THE BEST.

"Demi Persahabatan"

Monday 14 March 2011

Era baru ragbi Pulau Pinang

Assalamualaikum..

Dah lama peminat ragbi di Pulau Pinang dok tunggu saat ini..Liga Ragbi Pulau Pinang buat pertama kalinya akan diadakan di negeri ini. Aku sempat tanya Coach Ismail, sepanjang dia main ragbi pernah tak ada kejohanan macam ni? Dia kata tak pernah ada pun..bangga, bangga..aku sebahagian dari sejarah ragbi di Pulau Pinang.

Sebenarnya ragbi di Pulau Pinang pernah menghadapi zaman suram. Persatuan Ragbi Pulau Pinang (PRPP) atau dahulunya dikenali sebagai Penang Rugby Union (PRU) pernah dibatalkan keanggotaannya oleh Pesuruhjaya Sukan. Bila ini terjadi ragbi di Pulau Pinang seperti hilang arah tujuan. Mujurlah ada insan-insan yang sayangkan ragbi dan melihat ragbi lebih dari hanya satu permainan berkumpul dan merancang untuk menghidupkan ragbi di Pulau Pinang. Coach Ismail sebagai pengemudi telah mengumpulkan beberapa orang yang komited terhadap sukan ragbi lalu mengadakan perjumpaan dan inisiatif untuk mewujudkan semula sebuah pertubuhan ragbi yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan dan Kesatuan Ragbi Malaysia. Akhirnya pada pertengahan 2007, wujudlah Persatuan Ragbi Pulau Pinang dengan rasminya.

Terima kasih diucapkan kepada YB Senator Dato' Musa bin Sheikh Fadzir yang sudi menerajui PRPP. Banyak jasa, sumbangan dan usaha Dato' yang membolehkan kami berada di tempat kami sekarang. Bagi Coach Ismail, anda adalah inspirasi dan tulang belakang PRPP. Bagi yang tidak kenal Coach Ismail mungkin akan cakap-cakap belakang, tapi bagi saya yang sudah bersama beliau selama lebih kurang 20 tahun, Coach Ismail bukan lagi saya anggap sebagai coach saya, tetapi juga abang, bapa dan juga kawan. Banyak sumbangan beliau kepada ragbi di Pulau Pinang. Saudara Hisham, anda hebat..jiwa memang jiwa ragbi..bagi AJK lain, terima kasih daun keladi..jasa-jasa anda semua hanya Allah yang dapat membalasnya..

Bagi rakan-rakan lain, sama-samalah kita membantu menaikkan semula ragbi di Pulau Pinang. Kami masih baru dan masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki dan diatasi.

Kami juga berharap Liga Ragbi Pulau Pinang akan menjadi liga ragbi yang berprestij tinggi dan menjadi acara tahunan bagi Persatuan Ragbi Pulau Pinang. Sama-samalah kita menyokongnya.

"DEMI PERSAHABATAN"